First 'N' Foremost

Sunday, 3 July 2011

JELAI - Final Day




Akhirnya, tiba hari terakhir kami di sini... Perasaan bercampur-baur dalam diri... Ingin balik ke rumah, berjumpa dengan keluarga... Ingin tinggal di Jelai lebih lama, seronok sangat... (baru seminggu, memanglah seronok!!~)

Kami menghadiri sekolah di sini buat kali terakhir. Seperti sekolah kami, SMKTTJ, di sini juga membaca Yasin pada hari Jumaat. Tamatnya membaca Yasin, kami semua bergambar dahulu sebelum bersarapan bersama dengan tetamu-tetamu yang dihormati di sekolah ini~~~


Saya dan Syafiq sebagai wakil kumpulan duduk bersama orang terhormat di  sini~ hehehe
Yang lain pula duduk di meja berasingan.

Tamatnya sarapan, kami dijemput oleh Pengetua SMKJF, Encik Kamarulzaman, untuk sesi penilaian.... (Dah mula takut waktu ini...)

Kami telah masuk dan duduk semeja di Bilik Ketua Bidang dan kami telah diuji dengan sekeping kertas....

Arahan kami seperti berikut...

1) Mula-mula, lipatkan kertas kepada dua bahagian yang sama besar.
2) Lipatkan pula kepada 4 bahagian yang sama besar.
3) Koyakkan penjuru di bahagian atas sebelah kanan.
4) Koyakkan pula penjuru di bahagian bawah sebelah kiri.

Kami diarahkan membuka kertas tersebut, dan kesan koyakan pada setiap seorang berlainan... MENGAPA???

Inilah bahagian yang ingin diuji Pengetua... Sebab-sebab berlakunya perkara sebegitu..... Dan jawapan yang kami berikan semuanya berlainan.

Ujian ke-2 pula... kami disuruh menulis kebaikan dan keburukan SMKJF ini, serta memberikan cadangan untuk memajukan SMKJF. Jika anda melihat sekolah ini, anda akan mendapati kebaikannya sangat banyak, manakala keburukannya sangat sedikit (mengikut pandangan saya). 

Pelajar-pelajar SMKTTJ mengambil ujian daripada Pengetua SMKJF
Setelah tamatnya, sesi bersama Pengetua tadi, Cikgu Haslin pun membawa kami melawat sekitar sekolah  sebelum kami pulang kerana kami tidak berpeluang untuk melihat kawasan-kawasan sekolah pada hari-hari sebelumnya. Better late than never... right???


Didapati kawasan-kawasan sekolah ini menakjubkan!!! Kami telah ke 

1) Perpustakaan. Perpustakaan di sini sangat besar dan memuatkan banyak buku daripada pelbagai genre yang menarik perhatian pelajar untuk masuk ke sini.



2) Kami juga telah masuk ke bilik "Anjung Juara". Di sinilah, SMKJF menyimpan piala dan pingat yang diperoleh oleh pelajar-pelajar yang mewakili sekolah ke pelbagai jenis pertandingan dan mendapat tempat.
Diharapkan SMKTTJ akan membuat perkara yang sama (pamer piala & pingat!!! heheh)

Cikgu Haslin menceritakan tentang asal-usul piala-piala di sini...
(Asal-usul???)
3) Kelas 4 UIAM. Sebagai tanda terima kasih kerana menerima kami ke dalam kelas dan menyambut kami dengan mesra, kami telah ke kelas 4 UIAM buat kali terakhir untuk mengambil gambar kenangan....

Gambar bersama 4 UIAM

Setelah banyak bergambar, kami masih tidak puas. Agenda bergambar bersambung lagi di Pentas Bestari di mana pelajar-pelajar selalu berhimpun setiap pagi.

Sambung bergambar....
Bergambar buat kali terakhir sebelum pulang ke TTJ
Dan kami pun akhirnya pulang......

Atas keseronokan yang kami alami sepanjang minggu ini, terima kasih kami ucapkan kepada....

Pengetua SMKJF, Encik Kamarulzaman kerana sudi menerima kami di sini...
Cikgu Noor Haslin, kerana membimbing kami sepanjang program ini berlangsung...
Acik-acik Kantin SMKJF, kerana makanannya sedap-sedap belaka....
& akhirnya.....
Rakan-rakan SMKJF baru kami....

Mas, Wani, Murni, Izz, Iwan, Nadz, dan Farris

because you guys made our day!!! Thank you & I hope we'll meet each other again sometime soon!!!~   
T-T
   
Our mark in Jelai....

JELAI - Day 4


Harap maaf, post pada kali ini lambat sedikit atas alasan wifi di Jelai tidak dapat dosambungkan dengan komputer dan diri ini demam sejak balik dari Jelai... ANYWAY~

JELAI -Day 4

Kami seperti pelajar lain bersekolah pada hari ini. Proses pemnelajaran dan pengajaran di sekolah ini sangat menarik dan menyeronokkan. Dan seperti biasa, selepas pulang ke sekolah, kami ke kantin untuk makan tengah hari dan seterusnya ke surau untuk solat.

Pada petang hari ini, Cikgu Haslin telah membawa kami ke tempat-tempat menarik di Jelai. Rombongan kami telah disertai oleh pelajar-pelajar SMKJF, yang juga merupakan rakan-rakan baru kami... Antara tempat yang kami lawati, ialah.... 

1) Kolam ikan, di mana terdapat pemancing yang memancing untuk keseronokan... Ada juga yang memancing untuk menangkap ikan untuk dimakan...

Tiba kami di kawasan
Hati-hati ye
Pemancing-pemancing yang sabar menanti habuan
           

Krew bersemangat menangkap gambar untuk update blog
Ayu dan saya.... (no comment)

2) Pusat Jalur Lebar Komuniti di Jelai 4. Di sini, disediakan peralatan komputer yang canggih dan kemudahan lain seperti WiFi. 
Anak-anak muda Jelai datang menikmati kemudahan

   

        

3) Rumah sepupu Ayu, Ain yang juga merupakan pelajar di SMKJF. Memandangkan kami tidak tahu di mana rumahnya, kami pun merayau-rayau di sekitar Jelai mencari dan akhirnya jumpa juga....


Mengambil kesempatan untuk bergambar dengan keluarga Ayu

Tamatlah lawatan kami di Jelai....

Pulangnya kami ke sekolah pada 5.30pm, Hakim dan Ismail serta pelajar-pelajar lelaki yang lain telah dibawa menikmati ABC yang sedap-sedap belaka, manakala kami (pelajar perempuan) hanya duduk di makmal komputer, seronok bermain komputer. XP

Memandangkan komputer tidak dapat disambung kepada internet dan juga atas sebab kami akan pulang pada keesokannya, kami semua mengambil gambar sebagai kenangan di Jelai yang keseronokannya datang tidak tersangka.....

>___<

FYI : By the way, today was 30th June, which is also my mom's birthday~
         I took the time to wish her Happy Birthday~
         I hope she'll live longer, and be happier with each passing day...
         I also hope she'll be there when I have my children.... (oops, i said too much, didn't I???)
         May Allah bless her and put her in HEAVEN.... anyway,
         Now, what can I get her as a present??? hmmmm....




Tuesday, 28 June 2011

JELAI - Day 3

Untuk pengetahuan, hari ini cuti peristiwa sempena Isra' dan Mikraj.... Pelajar SMKJF bercuti namun kami tetap kena buat tugasan yang ditetapkan...

Hari ketiga bermula pada pukul 6.30am, di mana kami memulakan aktiviti dengan berjoging di sekitar kawasan Jelai. Perjalanan naik turun bukit amat memenatkan tetapi pemandangannya cantik dan tidak dapat dilihat di kawasan TTJ...


Kembalinya ke kawasan sekolah, kami bersarapan. Ada juga yang sambung melelapkan mata.  >_<

12.00pm
Kami berkumpul semula untuk menyambung tugasan semalam aka PBL.Tengah-tengah mencari bahan, Cikgu Haslin telah mendaftarkan kami ke ThinkQuest dan kami diberi tugasan untuk menyiapkan projek pada malam ini. Harap-harap kami dapat siapkan dengan jayanya.

FYI : Fiqri dan Mail pula telah selamat kembali ke SMKJF. 

JELAI - Day 2

Sebagai seorang pelajar, kami dari SMKTTJ juga perlu menghadiri sekolah. Kami telah diperkenalkan kepada warga SMK Jelai (Felda) semasa perhimpunan oleh Pengetua SMKJF. Kami telah dimasukkan ke kelas 4 UIAM di mana adanya fasilitator kami untuk membantu.

Kelas bermula dan semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun terdapat perbezaan dari segi pengajaran dan pembelajaran, kami semua dapat mengikuti dan memahami apa yang diajar.

Sempena dengan cuti peristiwa Isra' dan Mikraj pada hari esok, kami telah mendengar ceramah daripada tetamu  jemputan.

Pelajar duduk di Dewan untuk mendengar ceramah

Kawan-kawan baru di SMKJF

Tetamu jemputan memberi ceramah dengan penuh semangat

Setelah mendengar ceramah selama lebih kurang 1 jam 45 minit, kami telah dihiburkan dengan persembahan nasyid oleh pelajar-pelajar SMKJF.

Persembahan nasyid selepas berakhirnya ceramah
Keluar dari Dewan, kelas bersambung sehinggalah tamat waktu persekolahan, iaitu pada 1.50 pm. Sudah menjadi budaya di SMKJF untuk beratur dan berdoa sebelum meninggalkan sekolah.


Tamatnya persekolahan, kami mengambil kesempatan untuk melihat bangunan-bangunan SMKJF dan kawasan sekitarnya.... Rakan seperjuangan kami, Hakim dan Mail pulang ke rumah masing-masing sejurus tamat waktu persekolahan untuk menyambut Isra' dan Mikraj esok bersama keluarga masing-masing.

Nama taman ini sempena Tuan Omar b Ahmad yang pernah menjadi pengetua di sini sebelum berpindah ke SMKTTJ.

Pemandangan di belakang bangunan utama SMKJF




Kami minum petang di kantin sebelum bergerak ke makmal komputer untuk program seterusnya....

Sebelum itu, kami dibawa menikmati ABC dan rojak x jauh daripada sekolah..

Perjalanan ke kawasan lepak fasilitator kami, gerai ABC

Cikgu Noor Haslin, guru pembimbing kami...

Menikmati ABC dan rojak


ABC... sodap~ malangnya... gambar tak betul


Kami pun kembali ke sekolah... Dalam perjalanan pulang, sempat pula kami melihat rumah-rumah fasilitator dan tempat kediaman pelajar lelaki SMKTTJ selama seminggu...
Pelajar lelaki duduk di tingkat paling atas... Kesian, terpaksa naik guna tangga...
Kembali ke makmal komputer, kami mulakan program Project-Based Learning (PBL). Setelah menentukan topik, kami telah membuat borang soal-selidik dan siapkan soalan-soalan untuk temuramah. Tepat pukul 11.00 pm, pelajar perempuan meninggalkan makmal komputer dan tidur di Bilik Rawatan, manakala pelajar lelaki menginap di makmal komputer...

Afiq

Semua fokus untuk jayakan projek

-End of Day 2-



Monday, 27 June 2011

JELAI - Day 1

Pada hari ini, 27 Jun 2011, bersama-sama 7 orang rakan, kami telah ke SMK Jelai (Felda) untuk menghadiri....


Cikgu Noor Haslin selaku pengacara

Tetamu jemputan dari PPD Tampin merasmikan program

Bengkel ini bukan sahaja diikuti oleh SMK Taman Tuanku Jaafar, tetapi beberapa buah sekolah yang terpilih di daerah Tampin. Bersama-sama kami telah menimba ilmu dan memahami program ini dengan lebih mendalam.

Kami bertolak dari SMKTTJ bersama Cikgu Morgan, guru pembimbing kami. Sesampainya di sini, kami telah disambut mesra & diserahkan kepada Cikgu Noor Haslin dan para pelajarnya (fasilitator)... Selesainya, perasmian program, kami telah didedahkan dengan program ThinkQuest anjuran ORACLE. Kami telah diajar tentang cara-cara hendak membuat projek, mencari bahan-bahan untuk projek, memasukkan gambar, membuat banner, memasukkan link & macam-macam lagi. Walaupun penat otak memerah mengikuti bengkel ini, tetapi kami (terutamanya SAYA :P) sangat menghargai dan menikmati pengalaman yang kami timba di sini.

Pengetua SMKTTJ memantau pelajar
Tekun mengikuti bengkel
Pelajar-pelajar SMKTTJ bergambar bersama Pengetua SMKTTJ, Tuan Omar dan Cikgu Noor Haslin serta Cikgu Morgan
     

Makanan sepanjang minggu ini akan disediakan oleh pengusaha kantin di SMKJF. Terima kasih, Acik!!! =) 

Kami telah disediakan tempat penginapan untuk seminggu kami di sini. Pelajar lelaki mendiami kuarters, manakala pelajar perempuan pula menginap di BILIK RAWATAN di SMK Jelai (Felda). Program hari ini berjalan dengan lancar dan diharapkan akan terus berjalan lancar untuk hari-hari yang seterusnya.....