First 'N' Foremost

Sunday 3 July 2011

JELAI - Final Day




Akhirnya, tiba hari terakhir kami di sini... Perasaan bercampur-baur dalam diri... Ingin balik ke rumah, berjumpa dengan keluarga... Ingin tinggal di Jelai lebih lama, seronok sangat... (baru seminggu, memanglah seronok!!~)

Kami menghadiri sekolah di sini buat kali terakhir. Seperti sekolah kami, SMKTTJ, di sini juga membaca Yasin pada hari Jumaat. Tamatnya membaca Yasin, kami semua bergambar dahulu sebelum bersarapan bersama dengan tetamu-tetamu yang dihormati di sekolah ini~~~


Saya dan Syafiq sebagai wakil kumpulan duduk bersama orang terhormat di  sini~ hehehe
Yang lain pula duduk di meja berasingan.

Tamatnya sarapan, kami dijemput oleh Pengetua SMKJF, Encik Kamarulzaman, untuk sesi penilaian.... (Dah mula takut waktu ini...)

Kami telah masuk dan duduk semeja di Bilik Ketua Bidang dan kami telah diuji dengan sekeping kertas....

Arahan kami seperti berikut...

1) Mula-mula, lipatkan kertas kepada dua bahagian yang sama besar.
2) Lipatkan pula kepada 4 bahagian yang sama besar.
3) Koyakkan penjuru di bahagian atas sebelah kanan.
4) Koyakkan pula penjuru di bahagian bawah sebelah kiri.

Kami diarahkan membuka kertas tersebut, dan kesan koyakan pada setiap seorang berlainan... MENGAPA???

Inilah bahagian yang ingin diuji Pengetua... Sebab-sebab berlakunya perkara sebegitu..... Dan jawapan yang kami berikan semuanya berlainan.

Ujian ke-2 pula... kami disuruh menulis kebaikan dan keburukan SMKJF ini, serta memberikan cadangan untuk memajukan SMKJF. Jika anda melihat sekolah ini, anda akan mendapati kebaikannya sangat banyak, manakala keburukannya sangat sedikit (mengikut pandangan saya). 

Pelajar-pelajar SMKTTJ mengambil ujian daripada Pengetua SMKJF
Setelah tamatnya, sesi bersama Pengetua tadi, Cikgu Haslin pun membawa kami melawat sekitar sekolah  sebelum kami pulang kerana kami tidak berpeluang untuk melihat kawasan-kawasan sekolah pada hari-hari sebelumnya. Better late than never... right???


Didapati kawasan-kawasan sekolah ini menakjubkan!!! Kami telah ke 

1) Perpustakaan. Perpustakaan di sini sangat besar dan memuatkan banyak buku daripada pelbagai genre yang menarik perhatian pelajar untuk masuk ke sini.



2) Kami juga telah masuk ke bilik "Anjung Juara". Di sinilah, SMKJF menyimpan piala dan pingat yang diperoleh oleh pelajar-pelajar yang mewakili sekolah ke pelbagai jenis pertandingan dan mendapat tempat.
Diharapkan SMKTTJ akan membuat perkara yang sama (pamer piala & pingat!!! heheh)

Cikgu Haslin menceritakan tentang asal-usul piala-piala di sini...
(Asal-usul???)
3) Kelas 4 UIAM. Sebagai tanda terima kasih kerana menerima kami ke dalam kelas dan menyambut kami dengan mesra, kami telah ke kelas 4 UIAM buat kali terakhir untuk mengambil gambar kenangan....

Gambar bersama 4 UIAM

Setelah banyak bergambar, kami masih tidak puas. Agenda bergambar bersambung lagi di Pentas Bestari di mana pelajar-pelajar selalu berhimpun setiap pagi.

Sambung bergambar....
Bergambar buat kali terakhir sebelum pulang ke TTJ
Dan kami pun akhirnya pulang......

Atas keseronokan yang kami alami sepanjang minggu ini, terima kasih kami ucapkan kepada....

Pengetua SMKJF, Encik Kamarulzaman kerana sudi menerima kami di sini...
Cikgu Noor Haslin, kerana membimbing kami sepanjang program ini berlangsung...
Acik-acik Kantin SMKJF, kerana makanannya sedap-sedap belaka....
& akhirnya.....
Rakan-rakan SMKJF baru kami....

Mas, Wani, Murni, Izz, Iwan, Nadz, dan Farris

because you guys made our day!!! Thank you & I hope we'll meet each other again sometime soon!!!~   
T-T
   
Our mark in Jelai....

0 comments: