23 dan 24 JUN, SMKTTJ telah mengadakan Kejohanan Olahraga buat kali ke-10. Banyak acara padang dan balapan dipertandingkan, termasuk pertandingan tarik tali dan senamrobik. Rumah sukan Laksamana, Temenggung, Syahbandar dan Bendahara bertanding untuk merebut gelaran juara keseluruhan kejohanan.
 |
Rumah Syahbandar bersatu!!! |
Pertandingan tarik tali telah diadakan pada 23 dan 24 JUN di mana peringkat akhir adalah antara rumah Syahbandar dan Temenggung untuk kedua-dua kategori lelaki dan perempuan. Namun, kemenangan berpihak kepada rumah Temenggung bagi kedua-dua kategori.
Setelah sebulan mencipta koreografi dan berlatih selama 3 hari, akhirnya tibalah masa untuk Pertandingan Senamrobik yang telah diadakan pada 23 JUN. Bersama pasukan senamrobik Syahbandar, saya telah membuat persembahan senamrobik di hadapan juri dan akhirnya dijuarai oleh rumah Syahbandar. Segala penat lelah dan usaha tidak menjadi sia-sia. Pasukan senamrobik rumah Syahbandar telah membuat persembahan di hadapan VIP pada 24 JuN, kerana telah mendapat JOHAN.
Pada majlis penutupan Kejohanan Olahraga SMKTTJ 2011, telah diadakan perbarisan bagi rumah-rumah sukan dan unit beruniform di mana Pertandingan Perbarisan dijuarai oleh RUmah Bendahara. Maka, tibalah saat-saat yang ditunggu-tunggu....
 |
Perbarisan rumah sukan Temenggung |
 |
Perbarisan rumah sukan Laksamana |
 |
Perbarisan rumah sukan Syahbandar |
 |
Perbarisan rumah sukan Bendahara |
 |
Pengakap |
 |
PBSM |
 |
Kadet Bomba |
 |
Kadet Remaja Sekolah (KRS) |
 |
Kadet Polis |
 |
Pandu Puteri |
 |
Puteri Islam |
 |
Ketua Pengawas mengetuai perbarisan |
 |
Ketua Pengawas membaca ikrar |
JUARA keseluruhan bagi Kejohanan OLahraga SMKTTJ 2011 jatuh kepada..... rumah LAKSAMANA!!!
0 comments:
Post a Comment